Thursday, June 21, 2012

Proses Pembentukan Gamet

Dalam pembiakan seks, gamet haploid (n) dibentuk oleh organ pembiakan melalui meiosis.

Proses pembentukan gamet disebut gametogenesis.

Terdapat dua jenis gametogenesis:
  1. Spermatogenesis iaitu proses pembentukan sperma dalam testis.
  2. Oogenesis iaitu proses pembentukan ovum dalam ovari.

Testis dan penghasilan sperma
  • Testis terdiri daripada salur halus yang dinamakan tubul seminiferus (seminiferous tubules).
  • Testis menghasilkan sperma dalam kuantiti yang banyak.
  • Sperma adalah sel terkecil dalam badan lelaki.

    Sperma (Imej setelah diperbesarkan)
  • Sperma disimpan di dalam tiub berlingkar yang digelar epididimis (epididymis) yang bersambung dengan duktus sperma (vas deferens).

    Sistem pembiakan lelaki.
  • Sperma disalurkan keluar dari testis oleh vas deferens dan dikumpulkan di dalam vesikel semen (seminal vesicle) yang mengandungi cecair bernutrien dari kelenjar prostat (prostate gland). Cecair di dalam vesikel semen menyediakan persekitaran yang optimum untuk kemandirian (survival) sperma. Ia juga mengaktifkan sperma dan mengelakkan sperma melekat sesama sendiri.

Ovari dan penghasilan ovum
  • Gamet betina, iaitu ovum dihasilkan oleh ovari (ovary).
  • Ovum adalah sel terbesar dalam badan perempuan. Oleh itu, ovum mempunyai saiz yang lebih besar berbanding sperma.

    Ovum (Imej setelah diperbesarkan. Pembesaran dari saiz sebenar x 200 bagi ovum adalah setara atau sama dengan pembesaran x 2000 bagi sperma dari saiz sebenar).
  • Ovum mengandungi kandungan sitoplasma (cytoplasm) yang lebih banyak berbanding sperma.
  • Tiub Fallopio (Fallopian tube) merupakan satu salur yang membuka ke dalam uterus. Persenyawaan antara ovum dan sperma berlaku di tiub Fallopio.

    Sistem pembiakan perempuan.
  • Uterus merupakan satu rongga dengan dinding berotot yang tebal (thick muscular walls). Bahagian dalam dinding uterus yang juga digelar endometrium terdiri daripada sel-sel endometrium dan salur darah. Pelapik uterus membekalkan lapisan berspan yang tebal (thick spongy layer) bagi penempelan embrio dan perkembangannya.
  • Faraj (vagina) merupakan satu saluran yang menghubungkan uterus dengan persekitaran luar melalui serviks (cervix). Faraj adalah tempat untuk kemasukan sperma, laluan aliran haid (menstrual flow) dan melahirkan anak (foetus during childbirth).

No comments:

Post a Comment