Saturday, January 7, 2012

Eritrosit (Sel Darah Merah)

Eritrosit (erythrocyte) berbentuk cakera dwicekung (biconcave disc-shaped) dengan membran yang kenyal.

Bentuk cakera dwicekung menambahkan nisbah JLP/I untuk memudahkan pertukaran gas berlaku, melalui resapan, merentasi membrannya.

Membran eritrosit yang kenyal membolehkan eritrosit berubah bentuk untuk melalui kapilari darah yang sempit.

Eritrosit yang matang tidak mempunyai nukleus (nucleus). Ini membolehkan lebih banyak hemoglobin, yang terkandung didalamnya, membawa lebih banyak oksigen.

Eritrosit dihasilkan di sumsum tulang (bone marrow).

Eritrosit boleh hidup selama 120 hari. Eritrosit yang telah tua dimusnahkan di limpa (spleen) dan hati (liver).

Setiap eritrosit mengandungi hemoglobin, iaitu sejenis pigmen respirasi yang mengandungi besi dan menyebabkan darah berwarna merah.

Hemoglobin bertanggung-jawab untuk mengangkut oksigen (oxygen) dalam bentu oksihemoglobin (oxyhaemoglobin) dan karbon dioksida (carbon dioxide) dalam bentuk karbaminohemoglobin (carbaminohaemoglobin).

Eritrosit (sel darah merah).

No comments:

Post a Comment